Bola Sepak : Pasukan Terengganu The Turtles Musim 2014
Liga Bola Sepak Malaysia musim 2014 dijangka bermula pada bulan Januari 2014 akan datang dengan perebutan gelaran juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih 2014 menjadi rebutan antara pasukan juara Liga Super 2013, Singapore Lions XII dan juara Piala Malaysia 2013, Pahang. Untuk menghadapi musim 2014 akan datang, setiap pasukan kini sedang giat mempersiapkan pasukan masing-masing dengan barisan pengurusan, kejurulatihan serta gabungan pemain yang mantap untuk saingan akan datang. Antaranya pasukan Terengganu yang membuat rombakan besar-besaran ke atas pasukan mereka musim lalu di mana skuad musim lalu nyata gagal menamatkan saingan di kedudukan yang baik di mana mereka sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke 9 selain gagal gagal melangkah jauh dalam Piala Malaysia 2013.

Bagi musim Liga Malaysia 2014 akan datang, pengurusan baru pasukan Terengganu telah melantik Hj. Abdul Rahman Ibrahim untuk membimbing pasukan Sang Penyu menghadapi musim akan datang. Hj. Abdul Rahman Ibrahim bukan asing bagi pasukan Terengganu kerana pernah melatih pasukan Terengganu sebanyak 2 kali sebelum ini. Kehadiran semula Hj. Abdul Rahman Ibrahim yang pernah melatih pasukan kebangsaan dan beberapa negeri dan kelab di Liga Malaysia untuk melatih pasukan Sang Penyu musim 2014 nyata menunjukkan betapa seriusnya pasukan Terengganu mengangkat semula arena bola sepak negeri Terengganu.    

Selain itu juga, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) juga berjaya mendapatkan beberapa pemain anak jati Terengganu kembali mewakili pasukan untuk musim 2014 akan datang. Antaranya ialah kepulangan semula Nor Farhan Muhammad dari pasukan Kelantan yang sebelum ini dikaitkan dengan pasukan Johor Darul Takzim FC (JDT), Zairo Anuar Zailani dan Faiz Subri (Kelantan), bekas penjaga gol kebangsaan Mohd. Sharbinee Allawee Ramli (Selangor), Izzat Fariq Ramlan (Harimau Muda A), Azlan Zainal dan Mohd. Nor Hakim Hassan (PKNS FC) serta beberapa pemain lagi. Pasukan Terengganu juga turut mengekalkan pemain-pemain musim lalu seperti Ashaari Shamsudin, Abdul Manaf Mamat, Zubir Azmi, Sharmiza Yusuf, Ismail Faruqi, Vincent Bikana dan pemain-pemain lain. 

Pada pandangan Bual Sukan, dengan perancangan taktikal Hj. Abdul Rahman Ibrahim serta kekuatan pemain-pemain, pasukan Terengganu pada musim depan adalah antara pasukan yang bakal mencabar kelompok 5 pasukan terbaik Liga Malaysia 2014. Semoga berjaya kepada pasukan Terengganu Sang Penyu pada musim akan datang. Berikut adalah senarai pemain pasukan Terengganu musim 2014 :

Penjaga Gol :
1 Mohd Izzuddin Hussin, 24 Mohd Shamirza Yusoff, 25 Mohd Sharbinee Allawee Ramli

Pertahanan :

2 Mazlizam Muhammad (T-TEAM), 3 Mohd Muhaimin Omar, 5 Vincent Bikana (Cameroon), 6 Nik Zul Aziz Nawawi,11 Ahmad Azlan Zainal (PKNS FC), 13 Hasmizan Kamarodin, 16 Mohd Zubir Md Azmi

Tengah :

7 Zairol Anuar Zailani(Kelantan), 8 Ismail Faruqi Ashaari, 14 Muhammad Fakhrurazi Musa, 15 Nasril Izzat Jalil, 17 Mohd Khairul Ramadhan Zauwawi, 18 Ahmad Nordin Alias, 20 Mario Karlovic (Australia), 21 Mohd Nor Hakim Hassan (PKNS), 22 Mohd Ashaari Shamsudin

Penyerang :

4 Abd.Manaf Mamat, 9 Marcio Souza da Silva (Brazil), 10 Norfarhan Mohammad, 12 Izzaq Farris Ramlan (Harimau Muda A), 19 Mamadou Hady Bary (Guinea), 23 Mohd Faiz Subri (Kelantan)
 
 
 
...sama-sama doakan kejayaan pada negeri kita..
Peteh ganu peteh

Comments

Popular posts from this blog