Tips : Menangani Perasaan Marah
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Marah... setiap orang mesti mempunyai perasaan
amarah dalam diri masing2. Cuma bergantung pada seseorang untuk mengawal
kemarahan masing2. Ada yang jenis marah secara melulu..dan tidak bijak mengawal
kemarahan. Dari kemarahan tu, boleh meninggalkan kesan kepada insan sekeliling
kita. Macam jenis saya lak, kalo marah...memang jenis x reti nak tenking2 orang.
Semuanya pendam dalam hati. Dan kalo saya nak atasi perasaan marah yang
membuak-buak biasanya saya akan duduk diam-diam je.. Tak bercakap.. Huhu.. fain
dah sediamaklum perangai bini dia ni kan.. Sebab saya takut..kalo mengeluarkan
kemarahan melalui kata-kata akan memberi kesan yang buruk & berlaku
pergaduhan. Biasanya...bila saya dah reda sikit marah..barulah slow talk... Dan
adakalanya perasaan marah yang amat tu, boleh mebuatkan saya menangis bila
bercakap.. Tapi.. kawan2 saya selalu kata..adakalanya cara saya ni boleh
mebuatkan orang x respek sebab tak pandai nak marah2 & tenking2 orang...
Apa-apa pun, saya ada tips yang nak dikongsi. dan sebagai panduan buat diri
saya sendiri jugak.
Marah adalah emosi manusia yang normal dan
sihat tapi apabila tidak dapat dikawal, emosi ini akan membawa masalah di tempat
kerja dalam hubungan peribadi mahupun keseluruhan kualiti hidup anda. Kemarahan yang tidak terkawal akan menjadi punca pergaduhan
dan penceraian sehingga menyebabkan tekanan yang serius dalam hidup
seseorang. Rasa marah ini disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran.
Biasanya ketika marah, tekanan darah dan kadar denyutan jantung akan meningkat,
begitu juga dengan hormon tenaga adrenalin dan noradrenalin juga turut akan
meningkat. Oleh hal yang demikian jika anda ingin
hidup gembira dan sihat, kawal kemarahan anda dengan sebaiknya. Ambil
masa dan kawal diri dengan sebaik mungkin. Terdapat pelbagai cara bagi menangani
marah, antaranya adalah seperti berikut:
1.
BERTENANG
Tarik nafas dalam dalam dan kosongkan fikiran.
Ini mungkin dapat membantu menenangkan diri anda. Ambil nafas dalam-dalam jangan
bernafas dari dada kerana ia tidak akan menenangkan anda, bayangkan nafas anda
seolah-olah keluar dari perut. Secara perlahan-lahan ulangi perkataan
‘bertenang’ dan ‘jangan susah hati’, ulanginya berkali-kali sehingga anda rasa
tenang. Gunakan daya imiginasi anda gambarkan suasana tenang dan menyenangkan
sambil menutup mata. Sambil itu tarik nafas dalam-dalam.
2. SUSUN
SEMULA PEMIKIRAN
Selalunya bagi seseorang yang tengah marah
selalunya mengeluarkan kata-kata yang tidak elok dan cacian bagi mengelakkan ini
berlaku kita perlu guna teknik mengubah cara pemikiran. Jadi setiap kali marah,
tukarkan perkara-perkara berikut kepada yang lebih rasional seperti katakan pada
diri anda “ia sungguh mengecewakan”, “ia memang teruk”, atau “saya faham
sekarang saya tengah sedih tapi bukan bermakna selamanya saya akan gagal”.
Kata-kata itu akan menguatkan semangat anda dan menghilangkan rasa marah
anda.
3.
SELESAIKAN MASALAH
Kadangkala kemarahan itu timbul apabila ada
beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan. Oleh itu selesaikan masalah anda
dengan merangkakan perancangan anda, jangan lupa semak perkembangannya,
selesaikan masalah dengan cara yang paling berhemah dan jangan salahkan diri
jika tidak dapat ia tidak dapat memenuhi perancangan anda.
4.
KOMUNIKASI YANG BAIK
Selalunya orang yang tengah marah akan cepat
membuat kesimpulan terhadap sesuatu secar tidak tepat. Jika menghadapi
perbincangan hangat yang mencetuskan kemarahan, anda patut bertenang dan jangan
buat keputusan ketika marah dan berfikirlah dahulu sebelum melakukan apa-apa.
Jadilah pendengar yang baik pada perkara-perkara yang menyebabkan
kemarahan.
5. BERTUKAR
ANGIN
Kadangkala suasana sekeliling akan menyebabkan
kita rasa tertekan. Masalah dan tanggungjawab yang banyak akan membebankan dan
ini membuatkan kita cepat marah. Oleh itu anda mestilah luangkan masa untuk diri
sendiri pergilah melancong untuk memperbaharui mood.
6. MARAHLAH
SECARA SIHAT
Kemarahan adalah emosi normal manusia dan emosi
ini juga penting untuk kita mempertahankan diri, marahlah dengan cara yang wajar
dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan tapi jangan memendamkan masalah itu
luahkanlah agar tidak memberi kesan pada diri sendiri. Luahkan perasaan anda
pada individu yang paling anda percayai contohnya seperti kaunselor.
7.
BAYANGKAN SESUATU YANG SERONOK
Ketika marah, pejamkan mata dan bayangkan anda
sedang berada di sebuah pulau percutian bersama insan tersayang. Jika keadaan
tidak mengizinkan, biarkan fikiran anda melayang jauh ke tempat yang membuatkan
anda seronok. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan
rasa marah anda.
8.
GUNAKAN TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL
Tumpukan perhatian pada teknik pernafasan anda.
Fokuskan pada cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan
disedut sedalam-dalamnya. Dengan bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan
keluar masuk udara yang amat amat nyaman dan menenangkan perasaan.
9.
MENGUCAPKAN TA’AWUZ
Iaitu membaca : "A'uzu billahi
minassyaithanirrajim " sesungguhnya Marah itu dpd syaitan (jln masuk hasutan
syaitan kpd diri manusia) Maka berlindunglah dgn Allah dari kejahatannya.
10. LAKUKAN
SESUATU UNTUK MENGAWAL MARAH
Hendaklah duduk jika sedang berdiri,
berbaringlah jika dia sedang duduk. jika tidak hilang juga kemarahan dgn
melakukan dua perkara tersebut maka hendaklah mengambil wudhuk (air sembahyang)
sabda Rasul saw : "Sesungguhnya syaitan itu dpd
api (an-nar) dan sesungguhnya dipadamkan api itu dgn air, maka apabila seseorg
kamu marah, maka ambillah wudhuk (air sembahyang)" hadis riwayat
Abu Daud. Sabda Rasul saw: "Ketahuilah
sesungguhnya marah itu seumpama bara api pada hati anak Adam, tidakkah kamu
melihat kedua matanya merah, dan bengkak urat lehernya. Maka jika dapati yg
demikian itu, maka hendaklah dia meletakkan pipinya ke bumi”
meletakkan semulia- mulia anggota pada tubuh manusia kepada sehina-hina tempat
supaya terhapus takabbur (ego) nya yg menjadi punca perasaan marahnya itu.
Sesungguhnya dia hanyalah hamba yg hina, dijadikan dari tanah, dan hidupnya
adalah dgn hasil hasil sumber tanah, dan kepada tanah ia dikembalikan. Tidak
wajar baginya merasa takabbur, angkuh dan sombong.
Apa-apa
pun..inilah terapi terbaik saya..
Melihat dia,
membuatkan hati saya sejuk & tenang.
Menahan diri daripada marah adalah sifat yang
baik dan terpuji, justeru Allah ada menyebut dalam kitabNya Al Quranul Karim
tentang orang yang menahan diri daripada marah, Al kaadzimiinal ghaizd. Sabda
Rasul saw:" Sesiapa yang menahan MARAH, walaupun
dirinya berkuasa melaksanakan apa yang tercetus hati untuk melaksanakannya;
Nescaya Allah akan memenuhkan hatinya pada hari qiamat dgn keamanan dan keimanan
." Hadis riwayat Abu Daud.
Comments
Post a Comment