assalamualaikum..
Dah berbulan aku tidak mengemaskini blog ini, rindu rasanya jejari manis ini hendak menaip setiap patah perkataan... tetapi disebabkan kekangan masa ku terpaksa melupakannya... hari ini last day bagi bulan 10.. beribu kenangan di bulan ini terpaksa ku telan jua.. esok bermula november yang terpaksa ku redah sehingga akhir hayat.. bagi ku dunia adalah kehidupan sementara dan akhirat adalah selama-lamanya.. kepala ku semangkin hari semangkin berdenyut dan sakit memikirkan keadaan semasa yang sentiasa di uji oleh allah swt.. di mana setiap manuasia akan di uji kesabarannya.. benar... kejayaan sesuatu perkara tidak akan datang sendiri tanpa usaha.. dan dengan usaha itulah orang yang tidak beriman akan mengunakan pelbagai cara untuk mendapatkan kejayaan... tetapi allahamdulilah dengan kesabaran dan kecekalan pada diri ini membuatkan ku bersedia menempuh segala ujian yang diberikan kepada ku.. Berkat kesabaran ku akhirnya membawa hasil apabila ku mengerti tentang kehidupan hari ini tidak akan lari daripada kuasa duit , harta, lelaki dan wanita serta lain-lain perkara yang berbangkit.. Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk (ayat 45 surah al- baqarah).
Comments
Post a Comment