Pahit, Manis 2011
Januari
Permulaan tahun yang begitu ceria
azam baru
serta
semangat baru
Tahun ke 3 aku bekerja
plat kete pun 2011
February
kenangan paling indah
(chek) panggilan utk emakku
dia mengecat sendiri bilik dia
dia saja nk cuba
tp abgku bising pada tukang cat
knp bg mak aku cat sendiri
keesokkannya pekerja tersebut
tidak datang ke rumah ku.
bln ini paling sibuk utk aku..
Mac
Anak bongsu katakn..
anak-anak saudara yg ramai
m'buatkn chek bertambah happy
time ini chek masih
allahamdulilah ......
majlisku selesai
chek begitu gembira
chek masih lagi senyum dan bergurau.
April
aku terpaksa meninggalkn chek di rmh
bersama abgku dan kakakku
Mei
Minggu pertama mei aku
dan meninggalkn chek bersm dengan
kakakku dan abgku serta ayahku di rmh..
minggu seterusnya
badan chek kekuningan
pada 11.5.2011
kami sepakat membawa chek
ke hospital mendapatkan rawatan
chek ditahan di hospital
kemungkinan jangkitan pd hati
setelah pemeriksaan doktor
hati tiada perubahan bengkak atau sebagainya
semasa di wab pertama tgkt 5 HSNZ
chek dijaga oleh yana (cucu yg baik)
kebetulan beliau cuti sem
selain itu dijaga oleh kakak2 ku
chek ditukar ke wad 8 sekejap
selepas itu ditukar ke wad 7
utk memberi keselesaan pd chek
di situ aku sempat menjaga chek sehari
sambil menonton cite korea
hari demi hari chek menampakkn perubahan
kuning dibadan beliau semangkin beransur baik
allahamdulilah
29.5.2011 chek dibenarkn keluar.
Jun
banyak masa aku dirmh
kebetulan anak sedara ku
dini dan yana telah ke johor dan KL
t'jwb utk menjaga chek pada
aku, abg dan kakak ku serta ayahku.
allahamdulilah...
chek masih sihat, kuat makan dan sebagainya
mungkin dia 'home sick'
rindu sangat2 pada rmh.
tapi
byk benda chek buat
paling pelik dia bukakan peti besi (tmpt smpn brg2 berharga)
kata nya kunci hilang
so, dia suruh aku pecahkan.
dengan selamba ayahku yg pecahkan
selepas itu aku ingin membuat baju raya
utk chek tetapi dia tidak mahu
aku memaksa dia buat
chek pun mengambil baju yg belum buat dengan sampel baju..
aku pun ambil baju itu, .
July 2011
allahamdulilah
kete ku wxx 2011 telah di full statement (habis bayar)
bebanan yg ku tanggung selama 7 tahun telah terbalas
masa itu aku fikir blh la duit gaji akan dtg bagi kat chek lebih sikit
tapi .. langit bukan sentiasa cerah..kadang2 mendung
pada
24-07-2011
aku membawa chek ke klinik berdekatan rmh utk mengambil darah
seperti biasa chek masih mampu berjalan dan bercakap
lepas balik aku terus ke kedai membeli susu utk diberi minum pada chek
aku masak sarapan ringkas dan beli mknan utk chek
utk memberi tenaga pada beliau
pada hari itu chek kelihatan gelisah..
dia ke dapur dan ke ruang tamu (tmpt tdo beliau semasa sakit).
apabila aku balik ke rmh. aku memandang pd chek
chek kelihatan tidak mampu bercakap.
alangkah terkejut aku ...
malah chek tidak mampu bangun..
tapi aku tidak menduga perkara buruk akan berlaku pada dia.
keesokkan harinya
ayah ku memanggil doktor ke rmh utk memeriksa chek
beliau memberitahu cuma chek kekurangan air..
selepas balik kerja aku belikan buah-buahan
utk diberi pd chek..
allahamdulilah..
chek makan dengan perlahan..
keesokkan harinya
doktor memasukkan air kebadan chek.
kebetulan aku memohon pada majikan utk masuk lmbt
aku yg menjadi nurse pada hari tersebut
memasukkan 2 botol air kedalam badan chek
tetapi...
chek masih tidak mampu bercakap dan bergerak
ya allah.. berikan kekuatan pd ibuku.
keesokkan harinya
chek semangkin bertambah sakit
matanya tidak mampu utk dibuka
apabila dipanggil nama chek..chek..chek.
beliau akan berkelip mata
pada petang itu aku berbincang dgn kakak2 ku
membawa chek ke hospital.
kemungkinan chek kekurangan tenaga disebabkan
beliau tidak mahu makan apabila disuap
petang itu juga abgku
menelefon semua adik beradik yg berada jauh di perantauan
supaya pulang segera ke kampung
utk melihat chek.
keluarga ku telah memanggil saudara mara datang ke rmh
masing-masing membaca 'Yasin'
masa itu aku mencurahkn air mata sebagai seorg anak lelaki..
setelah ambulans dtg ke rmh dan membawa chek ke hospital
doktor mengesahkan
terdapat jangkitan vaksin hati ke otak chek
ya allah
alangkah terkejutnya aku dan keluarga ku
tanpa ku sedari.. penyakit yang dikesan 2 bln lepas kembali
tp dlm kepala ku
Kenapa selama 2 mggu sekali chek dibawa ke klinik utk
pemeriksaan? kenapa doktor tidak boleh mengesan....?
knp skrg baru dapat kesan.....
keesokkan harinya
yana balik dan terus bergegas ke wad utk
menjaga chek..
dia pun terkejut dgn apa yg terjd pd chek..
pada sebelah tghari dan petang aku ke hospital
walaupun aku berkerja hari tersebut.
berat hati aku utk meninggalkn chek
keadaan dia bertambah teruk
bantuan penafasan diberikan padanya
matanya sentiasa tertutup
tiada respon yg diberikan.
ya allah
selamatkan lah nyawa chek..
pada jam 7.30 ptg
perasaan ku bertambah gelisah apabila
melihat chek bertambah teruk tp aku nekad
balik ke rmh sekejap.
kebetulan mlm itu ada perlawanan bolasepak
antara
malaysia vs singapore
dlm perjalanan pulang ke rmh...
aku telah menangis daripada HSNZ sampai ke rmh ku
dalam kepala ku
chek akan meninggalkn ku selamanya
aku akan hidup tanpanya
aku akan rindu dia
aku sayang dia
aku tidak akan lupakan dia
dia ibu yg tebaik dan tidak akan bertukar ganti
aku redha dengan ketentuan ilahi
sampai di rmh aku kekeringan air mata
tiada lagi air mata yg mampu dikeluarkn
pada jam 10.15.
masa itu bola belum habis
aku telah bersiap ke hospital
aku mahu bersm dgn chek.
aku mahu tdo berdekatan chek walaupun wad p'prempuan, lelaki tidak dibenarkn
naluri ku berkata chek akan pergi selama-lamanya
ya allah
memang benar naluriku
dalam perjln ke hospital ank sdaraku yana menelefonku
katanya
chek dlm keadaan sesak nafas
aku memecutkan kereta ke sana
smpi disana aku melihat chek
mmg terkejut aku
denyutan jantungnya semangkin laju
aku meminta pandagan doktor
doktor memberitahu chek skrg mgkin nazak..
ya allah
adakah benar naluriku
aku terus menelefon keluargaku yg jauh dan dekat
utk berada bersm2 chek
allahamdulilah
kakak ku yg di johor smpi dl
selepas itu kakak ku yg di KL
semua ada disamping chek
sekitar pkl 2.10am pada 29-07-2011
chek menghembuskan nafas terakhir
AL - FATIHAH
Ya Allah
kamu yg maha berkuasa lagi maha penyayang
tempatkn lah ibu ku diantara orang-orang yang beriman
semoga ibu ku dicucuri rahmat.
semasa arwah di hospital
Hari raya terakhir arwah bersama ayahku
Tempat bersemadi arwah
AL-FATIHAH
Comments
Post a Comment